Thursday, August 5
Solat Sunat Hadiah
Setiap kali teringatkan arwah mak, saya akan baca at least Al-Fatihah utk arwah. Arwah mak pergi meninggalkan kami sekeluarga pada hari Isnin, 05 Julai 2010 bersamaan 22 Rejab 1431H pada jam 1155 malam. Jasadnya sudah tiada. Tapi 'roh' dan semangat mak masih tetap bersemadi di dalam hati bapak serta kami adik-beradik.
Beberapa hari setelah mak dikebumikan, mak ngah dan pak ngah datang rumah. Bersembang2 pasal arwah sampai menitis air mata pak ngah. sayunya suasana dalam rumah. sunyi sejak ketiadaan mak. Tapi hidup mesti diteruskan. Saya berusaha sebaik mungkin mengambil alih tugas-tugas mak di rumah. Banyak benda yang saya nak tulis tp belum sempat. Saya akan tulis entry khas tntg arwah mak tp bkn skrg sbb terlalu byk dlm fikiran saya skrg ni.
Pak ngah dan mak ngah sempat ajar saya suruh buat solat sunat hadiah. Mlm ni pertama kali sy buat utk arwah mak sejak sy balik ke Indon. B4 dis 'cuti' kan so xbole buat lagi..Sebenarnya xramai yang tahu ttg solat sunat hadiah ni. Dan banyak jugak pendapat ttg solat ni. Tapi bg diri sy seniri sng je..sy buat solat ni dan pahalanya saya sedekahkan utk arwah mak. Itu je penghubung saya dengan mak skrg. Jasad dah tiada. Yang tinggal hanya doa dan amal kebaikan dari anak-anak utk arwah mak. Saya harap sgt semua yang sy buat utk mak dapat bantu dia di sana...
Ini artikel yang saya sempat baca ttg solat sunat hadiah ni utk kita kongsi bersama :
Solat Hadiah atau dikenali juga Solat Teman oleh orang kampung. Dikerjakan setelah jenazah dikebumikan. Waktu yang terbaik selepas waktu maghrib. Kalau di lain waktu pun dibolehkan juga. Kalau simati telah lama dikebumikan bertahun-tahun pun dibolehkan. Setiap kali dilakukan solat ini maka akan turun seribu malaikat membawa cahaya menerangi dan menemani dialam kubur kata guru agama. Tiada nas dan hadith tentang solat ini tetapi dilakukan oleh para ulama terdahulu. Ingatlah ulama adalah pewaris nabi-nabi.
Solat Sunat Hadiah
1. Ianya dilakukan selepas jenazah dikebumikan
2. Ianya dilakukan berseorangan
3. Waktu Afdal antara Magrib ke Isyak malam pertama jenazah dikebumikan
4. Dilakukan sebanyak 2 rakaat
5. Niat "Ussali sunattan Hidayati rok-attaini adaan Aalilahi Taala"
Sahaja Aku solat sunat hadiah 2 rakaat kerana Allah Taala
6. Rakaat pertama selepas surah Al-Fatihah, Baca Surah At-Takathur 1 kali, Surah Kursi 3 Kali dan surah Al Ikhlas 11 Kali
7. Rakaat Kedua selepas surah Al-Fatihah, Baca Surah At-Takathur 1 kali, Surah Kursi 3 Kali dan surah Al Ikhlas 11 Kali (Sama)
8. Selesai solat Berdoalah seperti berikut
Ya Allah Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku telah mendirikan solat ini, maka aku memohon padamu memberi ganjaran pahala solat ini kepada Allahyarham/mah "Nama bte Nama".Kalau mak/bapak sendiri tak perlu sebutkan nama.
Sekian, semoga bermanfaat (Allah janjikan 3 perkara utk membantu kita selepas mati, amal jariah, anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat) Semoga ilmu ini bermanfaat ^^
Ok dah lepas rindu dekat mak. Tiap kali sy selesai solat sunat hadiah utk arwah mak, sy akan merasa 'dekat' dgn mak. Saya merasa yang sy dah buat sesuatu utk bantu mak. Dan hati sy akan tenang semula. Ok Kim dah boleh study utk pre-test esok. Sayang mak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kimah..be strong ok.. Ella sayang Kimah sgt2.. ella pn akan sllu doakan mak kimah spya bahagia di sana.. amin~~
ReplyDeleteTerima kasih ella..mintak maaf xsempat bgtau ella hr tu kalut sesangat byk bende nk urus masa hari kebumi arwah mak. Km pn syg ella dh lame sgt xjumpe. huhu. Insyaallah thn depan km blk msia kita jumpa k..mintak panjang umur semua ^^
ReplyDeleteok..InsyaAllah... amin! heehe
ReplyDelete