Tuesday, August 10

Berfikir sebelum tidur.

Kadang-kadang saya terfikir..apa sebenarnya yang manusia kejar di dalam hidup? Harta kekayaan? Mencari ilmu dunia yg xkan habis? Pasangan yang sama cantik sama padan? Kepuasan sementara?

Dulu..suatu ketika dulu, saya ada cita-cita nak belajar sungguh-sungguh supaya saya boleh ubah nasib family, bila ada duit org akan pandang kita, kita xmudah diperlekeh dan diperkotak-katik atau dipandang sebelah mata.

Tapi pandangan saya mulai berubah sejak saya merasa pengalaman menjaga arwah mak selama 12 hari, lalu perginya mak meninggalkan kami. Saya rupanya baru tersedar yang hidup ini cuma sekejap. Ada pengajaran yang ingin Allah sampaikan kepada saya tentang erti hidup ini melalui pengalaman menjaga ibunda sendiri yang sakit tenat.


Lalu apa sebenarnya yang manusia kejar dlm hidup ini? Hidup cuma sebuah perjalanan menuju akhirat. Destinasi sebenar kita adalah akhirat.

Apa guna mengejar kerjaya, mengejar harta, sehingga masa untuk diri sendiri dan suami/isteri tidak ada. Apa guna harta bertimbun kalau anak sendiri tidak terdidik dek sibuknya kita mengejar itu dan ini, sehingga hubungan suami/isteri sendiri kurang kasih sayang. Apa guna semua itu bila keluarga tidak lagi menjadi institusi berdirinya kasih sayang dan medan dalam mencari keredhaan Allah. Apa guna semua itu bila kita sudah mulai sakit dan sangat dekat dgn maut. Percayalah, tidak ada gunanya semua yang dikejar.

Bila maut mulai menjemput, yang kita inginkan adalah suami/isteri dan anak-anak membimbing kita mengucap dua kalimah syahadah dan membacakan Yaasin agar lebih mudah proses terpisahnya ruh dgn jasad kita. Lalu apabila nyawa sudah diambil, yang kita inginkan adalah anak-anak yang soleh untuk terus mendoakan kita di alam barzakh. Apakah semua harta, kerjaya dan ilmu dunia yang dikejar masih bernilai buat kita? Tidak.

Saya bukanlah perfect dan iman saya hanya setipis kertas. Tapi saya sedar satu perkara. Hidup sangat singkat. Hidup hanya pinjaman. Jadi gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.


Saya tidak mahukan harta bertimbun. Cukuplah hidup sederhana, bersama seorang suami yang baik dan menjadi imam keluarga, anak-anak yang terasuh dgn kasih sayang, bapak dan adik-adik saya yang masih memerlukan perhatian saya sebagai kakak sulung. Kerjaya (secara bersederhana tanpa mengabaikan tanggungajawab lain yang lebih penting) yang dapat membantu manusia yang memerlukan dan beroleh pahala sebagai bekal di akhirat, kawan-kawan yang baik yang dapat membimbing dah mengajak saya ke jalan kebaikan dan tentunya ilmu akhirat dan amalan2 sebagai bekal hari esok. Cukuplah untuk saya. Itu sahaja.

Dah lega dapat luahkan rasa dalam blog. Masa'al-lail. Selamat malam semua. Jangan lupa bangun sahur. Salam.

4 comments:

  1. Salam Ramandhan Al-Mubarak Kimah... smoga kita mendapat keberkahan Ramadhan yg mulia ini.. miss u Kimah!

    ReplyDelete
  2. Rase nya abg pn terpanggil untuk kongsi pengalaman yg agak nipis jg.. Dari sudut Islam, our Rasullah pn ada mengunsurkan "Carilah harta dunia seperti untuk hidup selama-lamanya; Dan beribadah lah kamu seperti maut bakal menjemput kamu pada keesokkan hari"...dan beberapa lagi hadis yang selari dengan issue ini.. Untuk tidak jadi jahil di dunia ini kita sebagai umat Nya perlu menjaga segala kewajiban kita di dunia & akhirat.. antara nya untuk menjaga 'air muka' kita pada rakan-rakan dan musuh-musuh islam kita.. Bayangkan bagaimana kalu kita yang mengaku sebagai seorang muslim hanya mengejar & meng-iya kan satu bahagian shj; yakni akhirat.. nescaya generasi kita akan hanyut oleh permainan pihak musuh kerana kurang cendiakawan, ilmuan yang boleh kita bergantung harap.. dan perkerjaan itu jg adalah satu ibadah

    ReplyDelete
  3. Tq abg for the input. Betul apa yang abg ckp tu, tapi dont get me wrong, syg tidak maksudkan kita kejar akhirat sahaja. Maksud syg jgn smp kita lalai & leka smp tanggungjawab kita yang lain & perkara-perkara akhirat tidak mampu terkejar sebab byknya masa yg kita habiskan utk tujuan duniawi. Kalau masa dapat terbahagi dgn baik utk semua perkara insyaallah tak jadi masalah. Syg menulis based on my experience menjaga arwah mak yang hayatnya cuma smp 52 tahun sahaja. Hidup ini sebenarnya sangat singkat.

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadhan jugak utk Ella. Insyaallah sama-sama kita berdoa oke. Ada masa km akan bca novel ella tu..hehe. Congratulations I am very proud of you. Tercapai jugak cita-cita ella ;)

    ReplyDelete