Sunday, February 28

Marah-Marah

Saya pelik kenapa orang selalu balik kerja dan marah2? Tutup pintu dengan dahsyatnya macam nak reban pintu. Belum lagi pinggan periuk gedebang gedebang. Such a monster. Saya cukup pantang nenek moyang kalau org menyalurkan marah dia kepada benda2 tak berdosa ni..mmg pantang. No offence, I’m not pointing to any specific individual tp my blog my suke hati lahhh.

Sakit telinga la dengar pom pang pom pang kt dapur. Kalau dh perempuan tu..buatla cara lembut perempuan..haih pelik btol dunia ni. Kenapa org suka marah2 dan menyalurkan marah die xbertempat. Mana hilangnye ketenangan di hati? Istighfar dan segala macam yang nabi kita ajar untuk mengawal marah?

Seperti dalam hadis Imam Al-Ghazali “ Orang yang paling KUAT adalah orang yang dapat mengawal marahnya “ Orang kita dah lupakah dengan hadis ni? Atau bila marah melanda semua benda kita lupa? Islam mengajar umatnya mengawal marah. Pakar sains pun bercakap tentang anger management. Kenapa penting? Sebab efek jangka panjang die besar. Utk diri seniri dan juga utk org lain di sekeliling. Ni muda-muda dah pemarah, susah kawal emosi.

Tahu x apa yang jadi dalam badan kita bila kita marah? Jantung bekerja lebih kuat, tekanan darah jadi tinggi. Kalau 10 tahun mcm ni, bila tua nanti mana tak sakit-sakit. Sebab dari muda hidup stress dan marah-marah. Hidup mmg stressful tapi kita yang kena control diri supaya tak marah2..jadi lebih tenang. Frankly, saya selama bekerja di hospital dah 4 bulan ni..tak penah lagi blk rumah dlm keadaan marah2 (penat ade lahh). Tak taula org lain..tp saya rsa happy jer (not happy all the time of course..tipu la kan). Tp takde pun rse nk marah2 even though saya terpaksa berdepan dgn pelbagai ragam manusia di hospital. Dari ragam pesakit, doctor, resident, supervisors, nurse2, pharmacist, admin, smpai la ragam kawan-kawan seniri.

Memang kadang2 rasa marah, selalunya saya rasa marah tu dekat resident, or makcik-makcik nurse yang dah tua dan cerewet, yang suka marah-marah jugak. But then, 15 minit kemudian, marah saya akan hilang. Saya akan pergi buat benda lain utk melupakan hal tadi. Simple isn’t it? Tp bukan semua orang bole buat. Ade orang yang tak boleh buat macam tu..dan org2 inilah yang akan membawa marah2 die sampai ke rumah..kt rumah sapa yang ada? Kalo dh bersuami ada suami lah..kalo dh ada anak, ada suami and anak-anak. Kalau masih belajar, ada housemates. Haaaa..org2 yang ada di rumah inilar yang akan menjadi mangsa keadaan.


So here are some tips utk mengawal marah anda. Kawal marah anda sebelum amarah yang mengawal anda.
Bila perasaan marah timbul kita boleh :

a) gantinya dengan aktiviti lain seperti memandang pada benda dan bukan orang, memikir tentang apa yang kita lakukan pada hari ini atau menerangkan suasana bilik kepada diri sendiri atau membilang sampai 10.
b) Mengelakkan melalui atau meninggalkan tempat itu atau minta diri untuk berfikir
c) Menukarkan ritma otak seperti mendengar muzik atau lakukan senaman
d) Guna teknik relaks seperti menarik dan menahan nafas selama 5 saat
e) Kecut dan regangkan otot selama 5 saat
f) Urut bahagian dada dan perut
g) Ubah cara duduk dan regangkan bahu
h) Berimaginasi tentang pemandangan yang tenang atau yang neutral atau ketawa pada diri sendiri kerana situasi itu

Mengikut pakar psikologi marah adalah emosi sekunder. Di belakang emosi marah ini terdapat emosi primer seperti keresahan, duka, hampa, kehilangan, takut dan sebagainya yang terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesai atau dicapai. Sebenarnya kemarahan ini menjejaskan peluang kita untuk mencapai sesuatu keperluan itu. Bila kita dapat mengenalpasti keperluan-keperluan ini kita dapat berusaha untuk mencapainya dan dengan itu kemarahan dapat dikawal atau diurus dengan sihat. Emosi marah adalah satu fenomena rasional yang berlaku di otak kiri kita. Untuk mengurusnya kita perlu menggunakan kedua-dua bahagian otak, khasnya otak kanan dan bahagian lain otak berkenaan dengan emosi untuk mengecam dan sedar bila perasaan marah muncul. Dengan demikian kita dapat menangani kemarahan dengan cepat dan mengekalkan ketenangan kita.

(Sumber : ILuvislam.com)

Kesimpulannye..kalau balik dari kerja tu..janganlah marah-marah!

No comments:

Post a Comment