Saya nak sum up sikit ape yang saya dapat dalam buku ni. Ni dah macam book review pulak kan. Takpelah, just a conclusion made by budak baru belajar macam saya. Saya sedang bertatih menambah ilmu =D Buku ini berbahasa Indonesia tapi xsusah nak faham pun. Antara isi buku ni..
1. Membuka lembaran baru dalam hidup. Pernikahan adalah nikmat Allah atas kita. Oleh kerana itu, setiap hamba berkewajipan mensyukuri dan tidak mengingkarinya, dengan cara memelihara dan menjalankan sebagaimana yang Allah perintahkan, serta masing-masing dari suami dan isteri mengetahui hak-haknya.
2. Mengapa menikah? Menikah adalah ikatan syarii yang menghalalkan hubungan antara laki-laki dan perempuan. Akad nikah adalah ikatan yang kuat antara suami isteri. Allah berfirman 'Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat (An-Nisa:21), yaitu akad yang yang mengharuskan bagi pasangan suami isteri untuk melaksanakan janjinya.
3. "Hai orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad itu" Al-Maidah ayat 1.
4. Ciri-ciri wanita solehah :
-Mentaati agama dan kehormatannya
-Tidak mengenal kata-kata yang tercela
-Bersabar dan tidak bersedih
-Tidak meremehkan dosa
-Berakhlak mulia
-Tidak menceritakan tentang wanita lainnya kepada suaminya. Mungkin ramai yang belum tahu pasal benda ni, saya pun baru belajar pasal ni. Dari Abdullah b Mas'ud, Nabi SAW bersabda "Janganlah wanita bergaul dengan wanita lainnya lalu menceritakannya kepada suaminya, seolah-olah suaminya melihatnya" (H.R Al-Bukhori, Abu Dawud, At-Tarmidzi dan Ahmad)
-Tidak memakai wangian ketika keluar dari rumahnya dan memelihara hijabnya
-Tidak melihat aurat wanita lainnya
-Mentaati suaminya
-Tidak meminta cerai kepada suaminya. Sungguh bergoncang Arasy, apabila seorang isteri meminta cerai dari suaminya.
-Membantu suaminya mentaati Allah
-Suka bersedekah, redho dengan yang sedikit dan tidak mengeluh
Tulisan : Ummu Abdilah Abu Abdilah
Kalaulah semua orang betul-betul faham pilar-pilar rumahtangga Islami ini, alangkah beruntungnya ummat Islam sekarang. Tapi sayang, realitinya, terlalu banyak kes-kes cerai yang dah menjadi trend zaman sekarang ni, Nauzubillah,
Semoga kita semua dapat mencuba menjadikan sifat-sifat ini sebati dengan diri kita. Saya tulis ni sebab nak ingatkan diri saya jugak. Sungguh cetek ilmu agama saya, apalagi dah nak kahwin ni, kenalah tambah ilmu. At least Allah tahu saya sedang berusaha kan? Semoga dipermudahkan jalan. Yang penting, beristiqamah dalam membuat kebaikan dan berkongsi ilmu.
Doa untuk pengantin :
Wassalam.
Ps : Besok nak update sikit pasal Walimah belah saye ^^
No comments:
Post a Comment