Sunday, August 29

IPD Goooooo!!

Miss Kim is getting ready to start her new battle in IPD (Ilmu Penyakit Dalam @ Internal Medicine), the biggest department here, and not to forget the longest posting ever. 3 months as junior, intermediate and senior Doktor Muda IPD.



Senjata-senjata saya, sile jangan takut. Ni sume saya simpan safe and sound dalam beg, hihi ;p



Getting ready pysically and mentally yeahhhh!! Bismillah..Show me the right path and patience ya Rabb ^^

Terima kasih kawan-kawan ! (II)

Found this kat page PKPMI (Persatuan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia) :

"Sometimes,coincidently human feelings and emotions affilliates with the weather altogether with his or her surrounding. It matches in a very bizzare way.

Today as the sky went gloomed one of our dear friends have lost her loving mother due to metastasized breast cancer. A surah Al-Fatihah and prayers for the good soul to walk upon the journey to meet their Maker"


By Kak Nadia, tq kak..

Saya lupe nak mention pasal pakcik Raja Abdul Aziz Shah, ayah kepada sahabat saya Raja Ruzanna, dorg ni orang Kelantan keturunan raja tau. Dont play-play ;p. Ayah Zana telah dengan penuh ikhlas memasukkan duit utk saya dan adik2 dalam akaun saya baru-baru ini. Pakcik telefon saya 3 hari berturut-turut, and sampailah hari terakhir saya di Malaysia baru-baru ni, pakcik xlupa utk sms and bagi saya semangat utk belajar semula. Tq pakcik! Nurul ingat pesan pakcik selalu! (Ayah Zana panggil saya Nurul tau, bukan Kimah mcm Zana pggl saya, special punya kes kay, hikshiks ;p) Semoga pakcik and keluarga dirahmati Allah selalu. Bersyukur rasenye dikelilingi manusia-manusia baik dan berbudi pekerti dalam hidup saya ^^

Saturday, August 28

Terima kasih kawan-kawan!

Baru tadi 2 orang junior saya Liyana and Zulia datang ke rumah dan memberi wang sumbangan dari PKPMI, Kelab UMNO and kawan-kawan saya di sini. Alhamdulillah..hari ni Allah nak beri rezeki, atau mungkin belas ihsan. Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Sebab saya telah dikurniakan dengan kawan-kawan, junior2 dan senior2 yang baik, mereka nilar kawan2 di masa susah dan senang. Tinggal di perantauan membuatkan ktorng jadi rapat mcm adik-beradik. Susah senang hidup di sini mmg dgn kawan2. Terharu sebenarnya sebab dpt duit sebanyak ini. Rp 2,015,000.

Insyaallah saya akan simpan duit ini buat sedekah jariah untuk arwah mak sikit. Ingat nak beli quran and sejadah nak derma kt masjid dekat dgn rumah saya ni and masjid kat hospital and 1 telekung kat hostel ktorg. And nak kasi sikit dekat anak2 yatim sini. Anak2 yatim sini bknnye mewah mcm kt Malaysia tu, dorg kt sini betol2 susah. Insyaallah pahala ni akan sampai kat mak. Selebihnya saya nk simpan sikit utk belanja graduation saya tahun depan yang akan memakan belanja sejuta lebih jgkla. Taknak kacau duit bapak/uncle utk graduation.

Saya sebenarnya nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kat kwn2 saya yang telah sama2 tlg and bantu saya masa saya disuruh pulang ke Malaysia pagi tu, 23 Jun 2010. Time kasih Zana yang dh bg duit pinjam nak beli tiket walaupun last2 saya xpakai pun sebab cik abang dah tlg belikan dr Malaysia. Serius buntu masa tu. Sebab tiket online xbole beli if less than 24 hours booking. Tq Siti, Bil, Ima n kak Nuzul, n kak aliza jgk. Tq byk2 Anis Yasmin junior saya yang dah tlg setelkan imigrasi saya.

Tq Liyana yg dh bagi sokongan xberbelah bagi. Tq utk semua sms yang masuk dr kwn-kwn Malaysia smp lah kwn-kwn Indon masa malam perginya arwah mak. Tq senior2 saya yang skrg dh jadi doctor tp bile dpt tahu psl arwah mak terus telefon saya utk support. Special thanks utk Kak Isma, yang dh jadik doc kt Hosp Kulim skrg, even sibuk tp bile weekends balik Penang msti mai jenguk arwah mak kt hospital. Even die kerja Isnin tu, tp still dtg tgk perkebumian arwah mak. She's like a sister to me.

Terima kasih jgk utk kwn-kwn mase sekolah rendah dulu, kwn2 Almashoor, kwn2 MRSM BP, sumenye, tq. Rasanya hp saya paling sibuk malam tu. And saya xsempat nk reply 1 pun. Terima kasih byk2. Dan jgk utk kwn2 yang dtg di hari perkebumian arwah. Junior saya dtg jauh2 dr Taiping drive and cari seniri rumah saya nak dtg tgk perkebumian arwah mak.

Tanpa kalian, saya tidak akan sekuat ini. Saya xmungkin dpt recover secepat ini. Alhamdulillah..

White Collar

Exam dah habis. So tangan jadik bertambah gatal nk blogging. Pagi2 buta terbangun sebab dh byk tido sgt dr lepas magrib semalam. Pagi2 ni nk buat drama review sikit ^^



Beberapa minggu kebelakangan ini saya sibuk melayan 2 drama series ni. White Collar & Criminal Mind. Pagi2 time sahur smp subuh, saya and housemates msti makan sambil layan cite ni. Atopun balik keje pukul 3, bukak tudung teros rebah atas kusyen ngadap tv tgk White Collar. Konon nk lepaskan tension keje la ngadap tv sat, pdhal sy sbnrnye nk tgk hero die je, muahaha.



Ok tipu, xla tipu sgt, tipu sikit. Bukanla sy layan drama tv ni sesaje sbb nk tgk si Neil ni, tp sbb cite die mmg best. Every plot ade suspens and kelakar die.

Neil ni drop dead gorgeous ok, love those blue eyes of him..Die witty, sweet and ade sikit bad boy dlm diri die. Miss Kim Jatuh hati sekejap.

Neal Caffrey is played by Matt Bomer. Mamat ni dulu penah terlibat dalam penipuan white collar and crime tp sbb die very smart so FBI offer die jadi dorg pnye org dalam utk solve white collar crimes. Tp FBI letak ankle monitor kt kaki die supaya die xbole lari dlm certain radius, kire still dlm tahanan tp ‘bebas’ bekerja utk FBI. Neil is very knowledgeable so ape-ape task FBI kasik die selalunye akan tolong dengan jayanya.



Criminal Mind. Memang best. Tak tau bile orang Melayu boleh buat cite-cite bagus and berkualiti mcm ni. Cite die agak lain drpd NCIS or other cite-cite kepolisian coz cite ni mengisahkan pasal 1 team khas dalam FBI, Behavioral Analysis Unit. They will look for profiles of this pelaku-pelaku jenayah and match them dengan crimes punya modus. Team ni analyses ‘criminal mind’ and human behavior. Sangat menarik and kite akan diajak berfikir sama. So bkn utk fun semata-mata tp cite ni cite yang smart. Every plot ade suspens die. Dah bunyik mcm pengkritik filem pulak ai nie, haha.



Dalam byk2 character, saye plg suke Reid. Sebab die paling smart and genius and memang sebagai 'otak' dalam team ni. Tapi die xhensem mcm Neil dlm White Collar, kurus kering pulak tu. Cuma pandai je. Adakah mungkin kerana saye dilahirkan mmg secara semulajadi suke kepada lelaki berotak geliga?

Ps : Saye dah dapat jadual posting baru di Internal Medicine. Waahhh dengan bangganya saya nk announce yang saya akan bekerja oncall 16 kali dalam 1 bulan. aka oncall selang sehari. Mungkin slepas ini berat badan saya akan turun dengan drastis. So 2 bulan starting this monday mungkin saya akan xde masa nak blogging dah. Ya allah ikhlaskan hatiku bekerja tanpa gaji mcm ni. Xpe, dalam tiap kesusahan yang Allah beri, mesti ade sesuatu yang akan Dia permudahkan nanti. Bismillah..

Saturday, August 21

Menu Iftar

Saje je gediks nak publish ape yang saya dah masak bertungkus lumus sejak puase hari tu. Tapi ade jugak food yang xsempat ai nak snap pic tros masuk mulut dan licin. Bile nafsu selera menguasai diri, mmg xhengat ape dah. Waka waka!


Haaa...ni Ima yang buat, ktorg tolong bungkuih ja. Tepung pelita. Teringat zaman kecik2 duduk dekat Kampung Kastam, arwah mak selalu suruh saya pi pesan siap2 kuih drpd makcik Munah ni. Sedaaaappp wooo kuih die. Memang mabeles!


Malangnya disebabkan ktorg sume xreti nak buat bentuk segiempat dan waktu berbuka dah dktttttttttt, so nk cepatkan keje ktorg tuang je tepung tu sume dlm acuan agar-agar. hahahah! future doktor knela cepat dan efisien. Tetibe pulak lari tajuk. Teeeet. Tak jadikla tepung pelita, jadik tepung acuan agar-agar. Tapi kualiti rase setaraf makcik-makcik penjual kuih bazar Ramadhan hokey! Cume rupe je xde ;p


Bihun singapore ku upclose..hehehe


Siap dgn sambal kicap tauuuu..


Yang ini menu bile saye malas nak masak tp still nak mkn yg sedap. Ikan bawal kukus halia. Kalau dpt siakap lagi gempakkss. Campak je sume bnde dlm periuk kukus, stgh jam dh masak. Tak pyh tumis xpayah tunggu pecah minyak. Simple and healthy!

Friday, August 13

Rindu pada bonda

Semalam time semayang terawih tetiba Nurul teringatkan mak. Rindu yang amat sangat smp menitis air mata..Balik rumah Nurul nangis puas2 biar reda hati ni.. Then terus tidur. Assignment suma xbuat pun. Rasa xde smgt lgsung bila teringat tentang mak.

Mak, nurul rindukan mak. Mak ok ka kat sana? Mak, tolonglah datang sekejap dalam mimpi nurul, nurul nak tengok mak sekejap pun jadi lah. Nurul rindu kan mak..

Sebenarnya dari luar org nampak nurul sgt kuat, mak. Tapi sebenarnya tidak. Hati nurul sgt rapuh di dalam. Mak pun tau anak mak mcm mana kan. Nurul belum recover lagi dr semua yg dh terjadi ni. Sampai sekarang nurul sebenarnya masih 'kebingungan'. Nurul rasa susah nak concentrate belajar mcm dulu. Macam-macam yang nurul pikir mak.. Lepas satu satu, lepas satu, satu lagi dtg. Masalah xberenti2. Bertimpa2 dtg. Nurul xtau smp bila Nurul boleh kuat dan bertahan lagi. Runsing, byk benda yang dalam kepala Nurul skrg. Risaukan bapak, adik2, masa depan Nurul, adik2..semuanya..

Hari ini genaplah 40 hari mak pergi meninggalkan bapak dan anak-anak mak. Nurul belum puas merasa kasih sayang mak, mak dah tinggalkan Nurul & adik-adik. Apalagi Dhuha yang kecik sgt lagi. Orang boleh cakap xpalah, lama2 Dhuha akan biasa dgn keadaan ni. Orang bercakap senang. Tapi orang lain xfaham. Semua org xfaham. Yang faham hanya Dhuha. Sebab dia yang menghadapinya.

Dhuha menangis peluk nurul masa dia tengok jasad mak dah ditutup kain. Nurul pesan kat dia, Dhuha mak dah xda, Allah dah ambik mak sebab Allah lagi sayangkan mak. Mak tu Allah yang punya, Allah pinjamkan utk kita sekejap saja. Setakat tu saja yang Nurul mampu expalain untuk anak sekecil itu. Then menitis lagi air mata dia. Kakak mana yang tak runtuh hati tengok adik sekecil itu menangis sayu. Berkecai hati ini rasanya. Melihat adik yang sekecil itu menjadi anak yatim tanpa kasih sayang seorang ibu lagi. Macam mana pun, xkan sama kasih sayang seorang ibu dengan bapak..Atau seorang kakak dengan ibu.

Hati Nurul tambah sayu mengenangkan bulan puasa dan hari raya nanti. Kalau dulu mak lah yang bangun masak kan sahur pagi2, kejutkan kami anak-beranak, sekarang tiada lagi suara mak. Yang tinggal di rumah cuma bapak dan Dhuha. Nurul xpa mak..sebab nurul xduduk rumah situ, tapi yang duduk rumah pasti terasa sangat kehilangan mak. Bapak dan Dhuha. Terutama bapak. Pandang katil teringat mak, baju2 mak, handbag mak, oven mak, pekakas2 kuih raya mak, biskut2 yang orang bagi sepanjang mak sakit, susu, ubat2, mask oksigen mak, pampers mak...semuanya..semuanya mengigatkan kami pada mak..Raya ni xde sapa dah nak buat kuih raya. Nurul dapat balik pun 30 Ramadhan, xsempat dh nak buat kuih raya. Kesian kat Dhuha yang masih kecil..Itupun Nurul bersyukur sgt dapat balik, kawan2 dh berbaik hati nak coverkan keja Nurul, dorg suma xbalik raya sebab oncall, Nurul sorg je balik. Alhamdulillah dpt kwn2 yang baik mcm ni..

Mak, nurul tau mak dah cuba sedaya upaya untuk teruskan hidup. Nurul tau sebab selama 12 hari Nurul jaga mak, tak pernah sekali pun Nurul tgk mak putus asa. Nurul suap mak makan, Nurul bagi ubat mak makan, Nurul bagi air penawar mak minum. Semuanya, mak dah usaha. Sayu hati Nurul tengok mak, walau terseksa mcm tu, mak tetap kuat demi suami & anak2. Nurul tau mak belum puas tengok anak-anak mak membesar. Walaupun dalam keadaan terketar-ketar dan xcukup oksigen, mak usaha jugak utk bercakap, sembang dgn anak-anak seolah2 mak tidak sakit. Tapi Nurul tau mak sedang menahan sakit. Sakit kerana kanser hanya pesakit kanser shja yang tahu. Sampailah hari terakhir mak sempat sampaikan wasiat utk kami adik-beradik sebelum mak xsedarkan diri. Itupun mak gagahkan diri bercakap, demi suami & anak-anak..

Mak, maafkan nurul sebab mak xsempat tgk Nurul memegang ijazah. Mak xsempat tgk Nurul kahwin. Mak xsempat tgk cucu mak. Nurul tau mak teringin nak tgk ni semua. Berkali-kali mak sebut kat Nurul. Takpa mak, cucu mak akan kenal mak. Nurul akan ingatkan anak-anak Nurul tentang mak, tentang perjuangan mak dan tentang mulianya hati mak. Nurul yakin cucu mak semua akan berbangga ada nenek macam mak.

Mak, semoga dalam bulan Ramadhan ini mak berbahagia disana dan mendapat lindungan serta payung rahmat dari Allah. Semoga Allah akan membalas semua kesabaran mak dengan syurga. Pagi sebelum Nurul balik Indon hari tu, Nurul sempat singgah kubur mak, Nurul skrg dh rindu nak tgk kubur mak lagi. Raya nanti Nurul balik mak.. Insyaallah 1 Syawal nanti suami n semua anak-anak mak akan dtg tgk mak dan menghadiahkan doa utk mak. Mak tunggu tau.. Kami semua sgt rindukan mak. Al-fatihah.

Tuesday, August 10

Berfikir sebelum tidur.

Kadang-kadang saya terfikir..apa sebenarnya yang manusia kejar di dalam hidup? Harta kekayaan? Mencari ilmu dunia yg xkan habis? Pasangan yang sama cantik sama padan? Kepuasan sementara?

Dulu..suatu ketika dulu, saya ada cita-cita nak belajar sungguh-sungguh supaya saya boleh ubah nasib family, bila ada duit org akan pandang kita, kita xmudah diperlekeh dan diperkotak-katik atau dipandang sebelah mata.

Tapi pandangan saya mulai berubah sejak saya merasa pengalaman menjaga arwah mak selama 12 hari, lalu perginya mak meninggalkan kami. Saya rupanya baru tersedar yang hidup ini cuma sekejap. Ada pengajaran yang ingin Allah sampaikan kepada saya tentang erti hidup ini melalui pengalaman menjaga ibunda sendiri yang sakit tenat.


Lalu apa sebenarnya yang manusia kejar dlm hidup ini? Hidup cuma sebuah perjalanan menuju akhirat. Destinasi sebenar kita adalah akhirat.

Apa guna mengejar kerjaya, mengejar harta, sehingga masa untuk diri sendiri dan suami/isteri tidak ada. Apa guna harta bertimbun kalau anak sendiri tidak terdidik dek sibuknya kita mengejar itu dan ini, sehingga hubungan suami/isteri sendiri kurang kasih sayang. Apa guna semua itu bila keluarga tidak lagi menjadi institusi berdirinya kasih sayang dan medan dalam mencari keredhaan Allah. Apa guna semua itu bila kita sudah mulai sakit dan sangat dekat dgn maut. Percayalah, tidak ada gunanya semua yang dikejar.

Bila maut mulai menjemput, yang kita inginkan adalah suami/isteri dan anak-anak membimbing kita mengucap dua kalimah syahadah dan membacakan Yaasin agar lebih mudah proses terpisahnya ruh dgn jasad kita. Lalu apabila nyawa sudah diambil, yang kita inginkan adalah anak-anak yang soleh untuk terus mendoakan kita di alam barzakh. Apakah semua harta, kerjaya dan ilmu dunia yang dikejar masih bernilai buat kita? Tidak.

Saya bukanlah perfect dan iman saya hanya setipis kertas. Tapi saya sedar satu perkara. Hidup sangat singkat. Hidup hanya pinjaman. Jadi gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.


Saya tidak mahukan harta bertimbun. Cukuplah hidup sederhana, bersama seorang suami yang baik dan menjadi imam keluarga, anak-anak yang terasuh dgn kasih sayang, bapak dan adik-adik saya yang masih memerlukan perhatian saya sebagai kakak sulung. Kerjaya (secara bersederhana tanpa mengabaikan tanggungajawab lain yang lebih penting) yang dapat membantu manusia yang memerlukan dan beroleh pahala sebagai bekal di akhirat, kawan-kawan yang baik yang dapat membimbing dah mengajak saya ke jalan kebaikan dan tentunya ilmu akhirat dan amalan2 sebagai bekal hari esok. Cukuplah untuk saya. Itu sahaja.

Dah lega dapat luahkan rasa dalam blog. Masa'al-lail. Selamat malam semua. Jangan lupa bangun sahur. Salam.

Seorang anak menakan & cucu

Have you ever meet upon a life story about an anak menakan/cucu (because i'm a Penangite, i rather prefer using this word) who is confused on everything that's happening in front her? About all the stupidities, untruth, unfaithfulness, and faulty attitude circulating around her big family. Her only grandmother, her only uncle, and her aunties?? Except for few aunties.

"Aslm. How are you my precious, my darling anak uncle. I haven't heard from you anything. How are you progressing in your study, will have tough battle to challenge between your study and thoughts about your feeling of your family. BUT YOU HAVE TO OVERCOME, I LOST THE ONLY SISTER IN LAW THAT I LOVE MOST. I WILL TAKE CARE OF YOUR BROTHERS IN MY OWN WAY, you have to complete with fine colors just for your mom, who has given and sacrifices everything for you, and she is a real mother which is absolutely very rare to find in this world. I always love her and care for her. I too one day have to go, but I want to see you, achieve and honored the best in your studies and undertakings. I thank you to have given the best time and care to your mom. I just wish to hug and kiss you with all my love towards you, that i love most. Do sms me when you are free or call me. Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa. You take care, aunt Diana always pray doa for you to have confident and strength, she love you very much. I love u. Wassalam."

I'm confused. I can barely think of what to say and how to act. I am badly stucked in between. This is such a complicated relationship i can never understand!

My life is sometimes just more miserable than what it seems.

Sunday, August 8

Ikan belah belakang


Happy Sunday everyone!!

Hmm..pagi tadi kol 7 cik siti sms (walaupun bilik sebelah je tapi kalau nk pggl member pakai sms tauuuu!) tnye kim nak pegi pasar tak. barulah cik kim bangun terhuyung hayang keluar bilik n basuh muke..abis kemas katil, pkai tudung siap2 sume terusss pi market. memang fresh from the sleep lah. rajin anak dara, bgun tido tros pi market (tak mandi dulu pulak tu, sebab market kotor. balik bru mandi ;p).hehe. Act utk simpanan di bulan puasa jugaklah.

Tp not much that i bought as Dokter Muda kt RSSA akan dibekalkan juadah bukak puasa and sahur kalau oncall. Baik kan Direktur Rumah Sakit? mcm ni barulah ktorg terasa dihargai. xdela rase mcm jadik kuli free kt cni. Kalau xoncall pulak ibu tuan rumah sewa ktorg memang akan bagi buka puasa tiap2 hari utk anak yatim kwsan sini, n die akan panggil ktorng sekali. Tapi sekarang saya dah kira anak yatim, xduduk rumah sewa ni pun ibu akan panggil =) Ramadhan adalah time utk berjimat sbb selalu makan free, murah rezeki alhamdulillah..

Pi market, nmpak ikan kembung selar yang besar terus timbul idea nk msk ikan belah belakang favoritku! Nak buat gulai xbest sbb ikan dia bsr sgt. Kalau dpt ikan kembung kecik2 comei buat gulai sdplah, isi die berlemak je. Ni sbb bsr so buat ikan belah belakang, and saya borong 6 ekor.


Balik umah teros call bapak nak confirmkan balik bahan2 utk sambal. Selalunya saya akan call mak, tp mak dah xde so bapaklah yg ganti tmpt mak. Syukurlah bpk pun pandai masak so xde prob sgtlah utk mendidik anak dara die msk dlm sthn ni b4 kawin, hehe. Mase sy call bpk tgh kat masjid ade gtg ryg bersihkan masjid, dgn dhuha skali pi. Bapak pi mana pn Dhuha akan ikut skrg...

Ok back to story. Dh siang ikan tu, kelar belakang die (ade teknik khusus mengelar ikan kt belakang die tau, kene korek isi perut dia dari belakang tanpa memotong bahagian depan dia, kalau x sambal tu akan terkeluar bile dh goreng). Then siap2kn sambal, bile sambal dh sejuk sikit saya pun sumbatlah dlm perut si ikan ni. Sampai gemoookk ikan-ikan I.hehe...

Siti siapkan sayur kubis n sawi masak lemak. mmg combination yang ummmmppph bile makan dgn ikan belah belakang hot from the wok! And tadaaaaaa siappppp utk dimakan...


Orait.. perut dah kenyang hati pun dah senang. Bole buat assignment sikit (sementara makanan dlm perut saya diproses) then nak nappppp skejap!

Esok kerja! Arrggghhhhh!

Saturday, August 7

Pinjam OSCE student USM. Time kasih ya!

dari MATA turun ke hati

Orang melayu kita use to say this. Dari Mata Turun Ke Hati. Why eyes? Guess this happens when you catch a glimpse of your loved ones, the feeling will rapidly penetrate right into your heart. Not heart actually, hati is liver, not heart (kene betulkan peribahasa ni lah!)

I'm in Ophthalmology Department now, and so do all my affection, has now turned over to this particular organ, that detects light, and help us to see the world with our very own perception. The EYE.

Look at how beautiful the eyes can be. And not to forget how complex it is, the function of this tiny little organ. Man can never create this miracle. It is God's creation. Subhanallah. Your eyes are at work from the moment you wake up to the moment you close them to go to sleep. They take in tons of information about the world around you — shapes, colors, movements, and more. Then they send the information to your brain for processing so the brain knows what's going on outside of your body.

Yesterday we had pre-test and the first Q was to draw out the cross-section anatomy of the eye. Haaa menggelabah la jugak because- 1. I'm not good AT ALL in drawings. 2. I just started revising 1 hour before test (Malam b4 pre test mmg seriusly xde mood, seriusly teringat bapak and Dhuha kat rumah smp saya betol2 xde mood nak belajar. So esok pagi bru menggelabah bukak buku).

This was my drawing. Ok please dont laugh. Doc cakap mata saya mcm kuih ondeh-ondeh ;p But to my surprise I got 70 for the drawing, oklah kan untuk org yg belajar 1 jam b4 test. hehe. Miss Kim terlupe nk draw and label iris hoho.


After 1 week in this department, I find that working with eyes is very interesting. So sekali sekala dok berangan jugakla jadik eye specialist. Apelagi salah seorang idola saya pun mmg eye specialist- Prof Dr Muhaya. Hmm kerja xsusah. Xpyh oncall selalu coz orang sakit mata xkan mati, i mean something with eyes is not life-threatening, kan so doctor mata rilek-rilek sahaja. Siapa yang nak mata dia buta or xnampak jelas? No one. So patients memang banyak. And if operate mata pun, eg cataract, kalau dah cekap 15 minit boleh siap. 15 minit of surgery and you will get paid for thousands of ringgit. Ok, mata dah bersinar-sinar. Berangan berangan. Tapi berangan xsalah asalkan tahu bertempat (macam lagu Jay Jay angan xsudah). Mr Fendy, eye specialist approved ok? Mane aci Mr Fendy had left me sooooo farrrrr behind that he will finish his Masters before I actually finish my first degree. Mr Fendy dah langkah two steps, saya 1 step pun belum lepas. Aiyyyyakkk sungguhlah kejam. Jangan la pecut sangat bang, kasi chance sikit la kat tunang abg kejar ;p

More on EYES coming up! I'm case-presenting on Hordeolum a.k.a stye a.k.a ketumbit on Monday afternoon after settling my out-patient job in Retina Clinic. Wish me luck!

Thursday, August 5

Solat Sunat Hadiah


Setiap kali teringatkan arwah mak, saya akan baca at least Al-Fatihah utk arwah. Arwah mak pergi meninggalkan kami sekeluarga pada hari Isnin, 05 Julai 2010 bersamaan 22 Rejab 1431H pada jam 1155 malam. Jasadnya sudah tiada. Tapi 'roh' dan semangat mak masih tetap bersemadi di dalam hati bapak serta kami adik-beradik.

Beberapa hari setelah mak dikebumikan, mak ngah dan pak ngah datang rumah. Bersembang2 pasal arwah sampai menitis air mata pak ngah. sayunya suasana dalam rumah. sunyi sejak ketiadaan mak. Tapi hidup mesti diteruskan. Saya berusaha sebaik mungkin mengambil alih tugas-tugas mak di rumah. Banyak benda yang saya nak tulis tp belum sempat. Saya akan tulis entry khas tntg arwah mak tp bkn skrg sbb terlalu byk dlm fikiran saya skrg ni.

Pak ngah dan mak ngah sempat ajar saya suruh buat solat sunat hadiah. Mlm ni pertama kali sy buat utk arwah mak sejak sy balik ke Indon. B4 dis 'cuti' kan so xbole buat lagi..Sebenarnya xramai yang tahu ttg solat sunat hadiah ni. Dan banyak jugak pendapat ttg solat ni. Tapi bg diri sy seniri sng je..sy buat solat ni dan pahalanya saya sedekahkan utk arwah mak. Itu je penghubung saya dengan mak skrg. Jasad dah tiada. Yang tinggal hanya doa dan amal kebaikan dari anak-anak utk arwah mak. Saya harap sgt semua yang sy buat utk mak dapat bantu dia di sana...


Ini artikel yang saya sempat baca ttg solat sunat hadiah ni utk kita kongsi bersama :

Solat Hadiah atau dikenali juga Solat Teman oleh orang kampung. Dikerjakan setelah jenazah dikebumikan. Waktu yang terbaik selepas waktu maghrib. Kalau di lain waktu pun dibolehkan juga. Kalau simati telah lama dikebumikan bertahun-tahun pun dibolehkan. Setiap kali dilakukan solat ini maka akan turun seribu malaikat membawa cahaya menerangi dan menemani dialam kubur kata guru agama. Tiada nas dan hadith tentang solat ini tetapi dilakukan oleh para ulama terdahulu. Ingatlah ulama adalah pewaris nabi-nabi.

Solat Sunat Hadiah
1. Ianya dilakukan selepas jenazah dikebumikan
2. Ianya dilakukan berseorangan
3. Waktu Afdal antara Magrib ke Isyak malam pertama jenazah dikebumikan
4. Dilakukan sebanyak 2 rakaat
5. Niat "Ussali sunattan Hidayati rok-attaini adaan Aalilahi Taala"
Sahaja Aku solat sunat hadiah 2 rakaat kerana Allah Taala
6. Rakaat pertama selepas surah Al-Fatihah, Baca Surah At-Takathur 1 kali, Surah Kursi 3 Kali dan surah Al Ikhlas 11 Kali
7. Rakaat Kedua selepas surah Al-Fatihah, Baca Surah At-Takathur 1 kali, Surah Kursi 3 Kali dan surah Al Ikhlas 11 Kali (Sama)
8. Selesai solat Berdoalah seperti berikut
Ya Allah Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku telah mendirikan solat ini, maka aku memohon padamu memberi ganjaran pahala solat ini kepada Allahyarham/mah "Nama bte Nama".Kalau mak/bapak sendiri tak perlu sebutkan nama.

Sekian, semoga bermanfaat (Allah janjikan 3 perkara utk membantu kita selepas mati, amal jariah, anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat) Semoga ilmu ini bermanfaat ^^

Ok dah lepas rindu dekat mak. Tiap kali sy selesai solat sunat hadiah utk arwah mak, sy akan merasa 'dekat' dgn mak. Saya merasa yang sy dah buat sesuatu utk bantu mak. Dan hati sy akan tenang semula. Ok Kim dah boleh study utk pre-test esok. Sayang mak.

Tuesday, August 3

He has His plan


This is the headline of my housemate's blog, Bil, which eventually caught my eyes and suddenly i have this calm feeling inside my heart when i reached her last words. He has His plan. Yes, everything comes for a reason. That's the first thing she said after knowing about arwah mak.

"And then, there came more thwarting news for my housemate, Kim. The dispute of having a mother who's battling a cancer is never the same as failing an exam in school. It cost a lot more than £75 to cover and of a week to suffer. Concerning her mother's condition, she decided to take a leave from school and go back home to be there by her mother's side. It defies no explanation on how hard it was for her to decide between her responsibilities when she finally chose to lose a few months of her study for her loved-most mom.

Her mother who used to have a second stage breast cancer over a year ago had successfully undergone a mastectomy and series of chemotherapies, but little did anyone knows that the cancerous cells had metastases to her lung and diminish her health wholly. Now that the doctor has prognoses her with very thin chance of survival, and that what makes Kim finally decided to leave.

There is nothing much I can do to help her to get through this, but to continuously pray for the best for her and her whole family…"


To those who are having difficulties in life…

"If, in spite of intense supplication, there is a delay in the timing of the Gift [al-'ata], let that not be the cause for your despairing. For He has guaranteed you a response in what He chooses for you, not in what you choose for yourself, and at the time He desires, not the time you desire." - The Hikam, Ibn 'Ata'illah, Chapter 1, 6.

"When you get into a tight place and everything goes against you, till it seems as though you could not hold on a minute longer, never give up then, for that is just the place and time that the tide will turn".

Tq Nabilah Norsaid, and i will start my day tomorrow with a new hope, and motivated ^^

(Ps : kdg2 advise you ni boleh pakai jugak ;p )